Produk
Telur Itik Masin
Telur Masin ialah makanan terawet yang dihasilkan dengan merendam telur itik ke dalam air garam atau membungkus setiap biji telur dalam arang masin yang dilembapkan. Ia merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak zaman kanak-kanak, juga kenangan manis apabila mereka merantau dan bermastautin di luar negara. Ia sering dimakan dengan nasi kukus panas, bubur, dan sebagai makanan sampingan dalam makanan tradisional Melayu yang ikonik seperti ‘Nasi Kerabu’.
Telur Itik Masin Lai Hin Trading telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diedarkan secara meluas di gerai makan ‘Nasi Campur’ dan ‘Nasi Kandar’ di seluruh negara. Telur masin kami kerap dihidangkan bersama bubur untuk sarapan pagi atau makan malam di hotel. Putih telur mempunyai rasa yang enak dan, manakala kuning telur yang berwarna oren-merah kaya dengan lemak dan kurang masin. Variasi kuning telur yang istimewa ini memang kegemaran ramai, terutamanya untuk membuat kuih bulan Cina.