Salah Satu Pengeluar Telur Masin Terbesar di Malaysia
Kami bertekad untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi secara konsisten dengan memastikan itik-itik kami diternak dalam suasana baik, bersih serta selamat.
Tentang Kami
Pengeluar Terkemuka Telur Itik Masin
Lai Hin Trading Sdn. Bhd. (“Lai Hin Trading”) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan pengeluar telur itik masin terkemuka di Malaysia.
- English
- Mandarin
- Malay
Produk
Produk Berkualiti Kami
Rangkaian produk Lai Hin Trading termasuk telur itik masin, telur itik masin (sedia untuk dimakan), kuning telur, telur itik segar, telur padi dan telur premium (omega + selenium).
Telur Itik Segar
Telur Premium
(Omega + Selenium)
Telur Itik Masin
Telur Itik Masin
Telur Padi
Telur Padi
Kuning Telur
Telur Itik Masin
(Sedia untuk dimakan)
KUALITI UNGGUL
Kaedah Perladangan Terbuka
Berlandaskan pendirian syarikat kami untuk menghasilkan pengeluaran yang berkualiti tinggi, kami mengutamakan persekitaran ternakan kami. Penternakan itik kami dalam ladang yang terletak di Serdang, Kedah dengan keluasan 21 hektar memberikan udara segar serta habitat yang selamat bagi membolehkan itik-itik kami berkeliaran secara bebas. Sehingga 2023, kapasiti ladang telah menternak lebih daripada 200,000 ekor itik.
Itik-itik kami tidak dipelihara dalam sangkar, malah dibiarkan berkeliaran bebas dalam ladang terbuka semula jadi ini. Kami menetaskan anak itik kami daripada telur itik yang dihasilkan dalam ladang kami, yang membolehkan pengekalan populasi itik sihat. Secara purata, Lai Hin menghasilkan 15,000 biji telur itik setiap minggu.
BERSIH DAN SELAMAT
Tahap Kebersihan Tinggi
Telur-telur itik kami dicuci dengan teliti di bawah air yang sentiasa mengalir bagi memastikan ia tidak terdedah kepada sebarang bahan pencemar daripada pencucian sebelumnya agar tahap kebersihan optimum dikekalkan. Penekanan terhadap kebersihan juga merupakan faktor utama telur masin Lai Hin Trading diberikan pensijilan Halal oleh JAKIM.
KETEPATAN DALAM PEMPROSESAN TELUR
Menjamin Kualiti dan Keselamatan
Lai Hin Trading berpegang pada polisi keselamatan dan kebersihan. Syarikat kami menggunakan mesin untuk meretak dan bukannya buruh bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau keretakan pada kuning telur semasa pemprosesan. Selain memenuhi keperluan pelanggan, mesin ini juga memastikan piawaian kualiti dipatuhi sepanjang proses pembuatan.
KELAZATAN TERPELIHARA
Telur Masin
Telur Masin ialah makanan terawet yang dihasilkan dengan merendamkan telur itik dalam air garam atau membungkus setiap telur dalam arang masin yang dilembapkan. Selain telur masin, Lai Hin Trading juga menghasilkan kuning telur masin, yang diperoleh selepas telur diawet sekurang-kurangnya selama sebulan.