Lai Hin Trading Sdn. Bhd.

Tentang Kami

Lai Hin Trading Sdn. Bhd. merupakan pengeluar produk telur masin yang terkemuka di Malaysia. 

Lai Hin Trading Sdn. Bhd.

Tentang Kami

Lai Hin Trading Sdn. Bhd. merupakan pengeluar produk telur masin yang terkemuka di Malaysia. 

Cerita Kami

Lai Hin Trading Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan pengeluar produk telur masin yang terkemuka di Malaysia. Rangkaian produk kami merangkumi telur masin, kuning telur, telur itik segar dan telur padi. Pada tahun 2023, kami telah memperluaskan rangkaian produk kami dengan menambah telur omega dan telur selenium.

Pusat pengeluaran telur itik masin Lai Hin Trading terletak di Bandar Baharu, Kedah, 1.5 kilometer dari Lebuhraya Utara-Selatan (boleh diakses melalui susur keluar Tol Bandar Baharu), menghasilkan telur itik segar dan berkualiti tinggi untuk kilang produksi kami. Fasiliti pembuatan kami terus berkembang berikutan permintaan yang semakin meningkat.

Kami percaya bahawa persekitaran yang baik membolehkan ternakan kami menghasilkan telur yang berkualiti tinggi. Maka, kami bertekad untuk mewujudkan persekitaran ternakan yang terbaik untuk itik kami. Ladang kami yang terletak di Serdang, Kedah berkeluasan 21 hektar dengan persekitarannya yang bersih dan selamat membolehkan ternakan kami berkeliaran secara bebas. Sehingga 2023, kapasiti ladang kami melebihi 200,000 ekor itik.

Sejajar dengan falsafah kami untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan, kami sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam aspek keselamatan dan kualiti makanan lebih 25 tahun. Fasiliti canggih kami yang dilengkapi dengan sistem serta peralatan terkini, diikuti dengan pengeluaran telur itik masin telah memperoleh Pensijilan Kebersihan (VHM) daripada Pihak Berkuasa Veterinar Malaysia dan juga memenuhi piawaian Kementerian Perkhidmatan Veterinar dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), satu keperluan untuk ternakan. Produk kami telah mendapat pensijilan Halal daripada Majlis Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selaras dengan komitmen kami dalam menjamin keselamatan dan kualiti makanan, Lai Hin Trading telah dianugerahkan dengan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan ISO 22000:2005 dan Analisis Bahaya di Titik Kawalan Kritikal (HACCP) pada tahun 2010.

Menerusi pensijilan ini, keyakinan bahawa pengeluaran telur masin Lai Hin Trading memenuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan kebersihan makanan tertinggi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, anda boleh menggunakan produk kami bersama keluarga anda tanpa was-was.

Produk Lai Hin Trading dijual di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Kini, 50% daripada jumlah pengeluaran kami dieksport untuk pasaran Singapura, Brunei dan Hong Kong. Lai Hin Trading juga bercadang untuk mengembangkan perniagaannya ke beberapa negara di rantau ini dalam masa terdekat.

Visi Kami

Misi Kami

Visi Kami

Misi Kami

ANUGERAH

Pengiktirafan

Hasil usaha gigih Lai Hin Trading untuk menghasilkan barangan unggul yang memenuhi piawaian ketat dari segi kebersihan dan keselamatan, kami telah diberi pengiktirafan dengan pelbagai anugerah.

ANUGERAH PENTERNAK JAYA KATEGORI NON-RUMINAN (TAHUN 2010)

ANUGERAH INOVASI & INDUSTRI ASAS TANI PERINGKAT NEGERI KEDAH (TAHUN 2012)

ANUGERAH AGROPRENEUR INOVASI (AAA) (TAHUN 2018)

IKON AGRO ASTRO AWANI (TAHUN 2018)

Scroll to Top